How to Think From The Very End of Mind According to Islam (イスラム教の考え方)

image

Assalamu’alaikum. Alhamdulillah, selesai mendengar “lecture” oleh Dr Daniel yang betajuk “Kejayaan yang Hakiki menurut Al-Quran”, bertempat di Masjid Hasanah, Bandar Baru Bangi.


Sememangnya jikalau kita cuba untuk takrifkan perkataan “BERJAYA”, akan timbul bermacam-macam definisi.

Ada yang kata berjaya itu adalah untuk “score exam”, dapat 4.0 flat, dapat straight A’s SPM, PMR, UPSR, dapat Degree, Master, Phd.

Ada yang kata berjaya itu ialah kita ada kerja bagus (dalam mentaliti masyarakat), Engineer, Doctor, Scientist, Bussinesman, Lecturer, Pilot.

Ada yang kata berjaya itu ialah, kita bebas daripada belenggu hutang, ada kewangan yang stabil, ada “duit”, kaya-raya, jutawan.

Banyak bukan tafsiran kejayaan? Persoalannya, betulkah semua itu merupakan kejayaan?

Secara asasnya, tiadalah dikatakan salah pada pendefinisian kejayaan di atas. Kejayaan itu juga adalah pada lapangannya yang tersendiri, juga tidak boleh dinafikan.

Namun, ada suatu “FAKTA asas” yang kita MESTI TAHU, tentang semua kejayaan yang baru kita sebutkan sebentar tadi, iaitu kesemuanya hanyalah bersifat sementara. Dengan erti kata lain, apabila kita MATI, semuanya akan hilang ibarat pasir yang berterbangan ditiup angin. Semuanya hilang, tidak berguna lagi untuk kita, tatkala kita telah meninggal dunia.

Disinilah datangnya pertanyaan tentang konsep kejayaan yang hakiki. Kejayaan yang jika didefinisikan, merupakan kejayaan yang kekal, dan tidak akan hilang.

Kita yakin bahawa syurga itu benar,  dan neraka itu juga benar, kewujudannya, bukan?

Faham sudah?

Ya, kejayaan yang hakiki itu adalah apabila, seseorang itu berjaya memperoleh SYURGA Allah. Dia tidak akan dikeluarkan daripadanya, dan tidak akan ada lagi kematian, melainkan kematian sewaktu di dunia. Indah bukan?

Daripada konsep pemikiran, “END OF MIND” inilah sewajarnya kita mula merancang, dan bertindak tentang apa yang PERLU kita buat di kala hidup yang seketika ini.

Sebab, pengakhiran kepada “KISAH MANUSIA” ini hanyalah dua tempat menetap, sama ada neraka atau syurga.

Oleh itu, jom kita mula berfikir,

Adakah selama ini kita HANYA menyasarkan kejayaan yang bersifat sementara sahaja? ataupun SUDAHKAH kita mempunyai agenda dan gerak kerja dalam menyasarkan “Kejayaan yang Hakiki”?

Wallahu’alam.
Maafkan saya, Doakan saya. 🙂

Advertisements
Tagged , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: