1 Reason For You Not to Commit Suicide (自殺をするな!)

image

Assalamu’alaikum. Pernah dengar kata-kata di atas, “Don’t be Sad” atau “Jangan Bersedih” sebelum ini?

Kenapa boleh wujud statement ini? Salahkah untuk berasa sedih?


Sememangnya tidaklah dikatakan salah untuk kita berasa sedih. Kita manusia, pasti ada masa kita gembira, dan ada masa kita sedih, tak gitu?

Pernah buat maksiat? Buat dosa? Saya yakin, saya dan pembaca bukanlah malaikat, untuk tidak pernah membuat dosa, bukan?

Tapi, Persoalannya, kenapa seboleh-bolehnya kita mesti mengelakkan diri daripada berasa sedih?

Berdasarkan kaji selidik yang telah saya buat:

1. Apabila kita sedih, mental kita akan down, kita akan rasa sangat malas, even nak bangun daripada katil pun malas. Rasa nak tidur je. Apabila bangun, teringat benda yang buat kita down, tidur balik.

Kesan: Kerja banyak tak buat, solat entah ke mana. Prestasi di ofis, sekolah menurun mendadak.

2. Apabila kita down, badan kita akan bertindak menyuruh kita membuat sesuatu yang boleh meningkatkan hormon endorphine / hormon gembira, lalu mengakibatkan kita makan dengan banyak.

Kesan: Berat badan meningkat. Lebih parah lagi, perut yang kenyang lebih cenderung untuk buat maksiat.

3. Bagi menerukkan lagi keadaan, sesungguhnya sains melaporkan bahawa perlakuan seks juga menghasilkan hormon endorphine. Oleh sebab itu, apabila perasaan down, kecenderungan untuk bermaksiat lebih tinggi. Lantas, hal ini menjurus kepada perilaku pornografi, onani, dll.

Kesan: Bertambah dosa, Allah murka. Perasaan down bertambah double.

So, apa saya cuba sampaikan?

Saya tak tahu awak down, bersedih sebab apa. Mungkin gagal periksa, kehilangan orang tersayang, atau sebab berulang kali melakukan maksiat? Atau awak mungkin berasa sudah tidak punya harga diri, lalu ingin bunuh diri?

Saya tak tahu, dan saya tak nak tahu.
Saya cuma nak awak tahu yang

“Hidup ini masih punya harapan.”

Awak, saya memang takkan faham apa yang awak rasa, cuma saya nak awak tahu yang saya pun pernah terfikir nak bunuh diri satu masa dulu. Alhamdulillah, benda itu tidak berlaku, kerana kalau tidak, mana mungkin saya boleh tulis nota kecil ini untuk awak?

Awak, walau awak rasa dah takde orang sayang awak, cinta awak. Walau awak rasa yang Allah mesti dah marah gila, dah taknak pandang pun muka awak.

Saya nak awak tahu satu perkara lagi, yang dalam quran kata:

Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah” (QS. Az Zumar : 53)

Jangan berputus asa daripada rahmat Allah tau. Allah sentiasa ingat kat kita. Kadang-kadang dia bagi kita ujian untuk tengok kita punya reaction, sama ada kita ingat Dia ke tak. Sebenarnya Allah sayang kita, walau betapa teruk sekalipun kita rasa diri kita itu.

Kerana dunia ini sebenarnya memang bukan untuk kita. Kerana akhirat adalah tempat yang kekal abadi. Tapi, untuk gembira kat akhirat, kita mesti sabar dengan ujian dunia ini, tempohi dengan iman, dan jangan menyerah kalah.

Kerana,

Harapan itu masih ada = Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah

Okay okay?

Dah2, berhenti menangis, pergi bersihkan diri, ambil wudhuk, solat, baca quran.

Tau2. 🙂

Advertisements
Tagged , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: