Sekilas Kehidupan di Ambang Asuhan Jepun, AAJ (AAJの生活)

image

Assalamu’alaikum. So, korang nak tahu camaner kehidupan di Ambang Asuhan Jepun? Firstly, kelas adalah pada setiap hari, Isnin hingga Jumaat. Kelas hari Isnin hingga khamis, pukul 8.10am~6.00pm. Bezanya, hari Jumaat, balik pukul 5.00pm. Konsep belajar di aaj adalah macam sekolah, kelas straight daripada pagi sampai petang, cuma dari satu masa belajar (50minit) ke satu masa, ada rehat 10 minit. Rehat tengah hari adalah selama 1 jam, iaitu daripada pukul 1pm~2pm. Kemudian

sambung belajar, pukul 2.10pm sampai pukul 6.00pm. Sabtu dan ahad takde kelas tambahan, jangan risau.

Asrama? Korang akan ditempatkan kat kolej 12, universiti malaya. Pergi aaj jalan kaki, boleh sampai dalam 5 minit, dekat je.

Tu baru Sistem Masa Belajar kat aaj. Nak tahu lebih lagi?

Sistem Exam: (Depend on subject)

BAHASA JEPUN: Setiap hari ada kuiz kanji, dan vocabulary (keadaan ni akan berlanjutan selama setahun). Kemudian, 2 minggu sekali ada test untuk kanji, dan tatabahasa. Markah lepas adalah 80%. Kalau dapat kurang daripada tu akan kena re-sit test / ambil test tu sekali lagi. Kalau masih tak lepas, kena re-re-sit test / ambil test lagi lagi sekali. Nak tahu satu benda yang menyakitkan? Kalau kena resit test, dia akan makan masa kau, sama ada 30 minit rehat tengah hari, atau kau kena datang awal pukul 7.30am, atau balik lewat pukul 6.30pm> untuk resit test. Oleh itu, jangan cari pasal nak kena resit.

MATHEMATICS: Subjek ni dia terbahagi kepada 2, Math Alpha, dan Math Beta. Math alpha dan beta, 2 cikgu berlainan yang akan ajar. Dalam math alpha, content dia basically pasal math yang guna formula and theory. Dalam betha pula, dia fokuskan ajar math tajuk2 graf, sin graf, kos graf, circle, triangle, benda2 yang ada gambaran macam tu. Dan untuk math pun sama cama bahasa jepun, kalau tak lepas markah yang ditetapkan, kena re-sit paper. Markah lepas 70%. Dan disebabkan kelas math terbahagi kepada 2, bayangkan kalau kena re-test dua2, tak ke sakit? So, agar tak jadi camtu, belajar betul2. Lupa nak bagitau, untuk subjek sains, dia punya test adalah setiap kali habis satu bab. Cth: hari ni habis belajar integration, esok test integration satu bab. Habis satu bab tu lebih kurang 2~3 minggu.

PHYSICS: Ni subject paling bala sekali (bak kata ramai orang), sistem belajar sama je, kalau tak lepas test kena resit. Markah lepas 60%. Test dia pun setiap kali habis satu bab. Habis satu bab pun kebiasaannha dalam 2~3minggu.

CHEMISTRY: Sama cam di atas. Cuma markah lepas 70%

ENGLISH: Ni je lah subject paling leisure. Takde test. Cuma ada exam mid, dan final. English tak ditekankan kat aaj, tapi wajib score A, kalau nak survive kat aaj. Panjang cerita sebenarnya, tapi tu yang basic korang kena tahu.

Lupa nak bagi tau, selain kuiz harian, dan test 2 minggu sekali, peperiksaan besar, iaitu mid sem dan final sem pun ada.

Done cerita pasal sistem exam. Nak tahu lagi ke?

Sistem Kerja Sekolah:

Ni antara benda paling sakit, tapi ibarat kau pergi gym, sakit koyak sel tisu, then, dia repair, dan kau akan jadi lagi kuat. So, basically, setiap subject yang kau bertembung hari tu, wajib cikgu bagi homework, dalam bentuk kertas A4. So standby lah file ye nak simpan kertas. And normally, homework yang dapat hari ini kena hantar esok, so standby lah mental korang untuk menghadapi semua benda tu.

Ok dah cerita sistem kerja sekolah.

Bro.. Sistem Pemakaian kat aaj cam mana? Seluar jeans boleh pakai ke pergi kelas?

Bagus soalan ni, dulu abam pun tertanya-tanya soalan ini. So, basically, lelaki punya pakaian adalah formal, iaitu pakai seluar slack dan baju kemeja + tie. Wajib, setiap hari kecuali jumaat, boleh pakai baju melayu seluar slack. Baju kemeja tu, cliche kebanyakan orang akan beli lengan panjang. Tapi lengan pendek pun ok je, senang nak ambil wudhuk, hehe. Warna baju kemeja ikut hangpa la, ada gak yang pakai warna striking, tapi kebanyakannya pakai warna biasa yang tak terlalu menonjol, (yelah kita nak belajar ke nak fesyen? Belajar lah). Lupa lak, pergi kelas wajib pakai kasut. Tak kira lah kasut kulit, kasut sukan, kasut jalan. Tapi, kebanyakannya akan pakai kasut hitam (kasut kulit atau ala2 kulit). Nak pakai jaket pun boleh, sebab kelas aircond, sejuk kadang2 tu, tapi dalam tu wajib baju kemeja tie.

Perempuan pula. Baju kurung bertudung sopan, berkasut. Sorry, abam bukan perempuan, tapi setakat yang nampak, macam tu lah. Cuma satu nak advice sikit, kalau boleh elakkan pakai baju yang warna terang benderang sehingga menarik-narik mata yang memandang. Contoh macam warna merah, oren, pink yang jenis terang menyala-nyala. Sebab apa? Sebab dirimu begitu berharga, haha. Takde lah, memang lah perempuan ni lumrah dia nak pakai yang terang2, tapi ermm.. kawal lah sikit, kerana sesungguhnya, warna terang itu memancing mata2 untuk melihat. Bagaimana jikalau mata itu tidak baik?

Ok dah cover bab pemakaian..

So apa lagi korang nak tahu?

Tinggalkan komen di bawah nanti abam try tengok satu2… tengok je lah tapi.. ok tak2, mana yang boleh reply nanti abam try reply..

Wallahu’alam.

Advertisements
Tagged , , , , , , , , , ,

6 thoughts on “Sekilas Kehidupan di Ambang Asuhan Jepun, AAJ (AAJの生活)

  1. Anonymous says:

    assalam…nk tanye klau student prmpuan pkai jubah bleh x????

    Like

  2. Wan Azim says:

    hidup kat sane ke? mcm asrama?

    Like

  3. Anonymous says:

    belajar di AAJ dalam bahasa jepun ke? utk subject maths, physic and chemistry.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: