Tag Archives: hati rasa kosong

Bagaimana Nak Hilangkan “Perasaan Keseorangan (寂しい)”?

image

Assalamu’alaikum.

Bagaimana nak hilangkan perasaan “rasa keseorangan” dalam hati?

Pernah tak anda berada dalam kelompok kawan-kawan yang ramai, tetapi kadang-kadang suatu hari tu tiba-tiba dalam dada tu datang suatu perasaan “sejuk”, “dingin”, “walaupun kita dikelilingi ramai orang tapi rasa cam keseorangan”, “tiba-tiba rasa kosong”, dan perasaan2 yang seumpama itu.

Soalan ini saya pilih untuk entri kali ini. Ada suatu masa dulu saya berada dalam suatu keadaan yang tersangatlah membuatkan jiwa saya rasa keseorangan. Rakan-rakan ada tetapi terasa seperti diendahkan. Ibu bapa ada, tetapi rasa seperti dilupakan, dan banyak lagi perkara seumpama itu. Hari demi hari saya asyik menyalahkan keadaan, saya tiada kawan. Sampai suatu masa dan detik saya terjumpa suatu perkara yang mengubah hidup saya. Membawa saya dari lorong gelap kepada jalan cahaya, memadamkan duka dan pilu, peritnya perasaan rasa disisihkan, keseorangan, lalu memimpin saya berdiri teguh semula mengahadapi ujian dunia. Dan ini bukan sembang kosong seorang penulis, tetapi telah menjadi ubat kepada diri, hidup saya sehingga ke hari ini dan seterusnya, amin, insyaAllah. Kerana itu, saya kongsikan moga menjadi perawat juga bagi yang memerlukan, lalu yang mengamalkan, insyaAllah. Dua perkara yang saya temui, iaitu:

Continue reading

Advertisements
Tagged , , , , , , , , ,