Apa Kebahagiaan Bagi Kamu?

image

Assalamu’alaikum. Salam Ahad. Dari AAJ, UM, Malaysia. Jumaat lepas bermula cuti seminggu kami pelajar AAJ, sementara kouhai (junior) baru akan masuk dalam minggu cuti ni.

“Yay, start esok cuti seminggu! Seronoknya”

Pabila sesebuah cuti berderet bermula,
Terukir wajah ceria insan pelajar,
Walau lapan jam perjalanan bas,
Masih berbunga hati,
Untuk pulang ke kampung halaman,
Berjumpa keluarga tercinta.

*Dalam kelas* “Mat, sensei ajar depan, badan aku je kat sini, fikiran aku dah kat rumah”, kata Wan kepadaku. Patutlah, hari ini hari terakhir sekolah sebelum cuti seminggu, dan dia pula duduk Kelantan jauh dari Kuala Lumpur, “tak sabar nak baliklah katakan”. Lol.

Dah tu aku? Entahlah, mungkin sebab duduk dekat je dengan KL ini perasaan nak balik rumah tu tak terasa sangat. Dan kadangkala aku berasakan bahawa berada di rumah, dan di asrama lebih kurang sama sahaja.

TARBIAH SENYAP

Semenjak dua menjak ini, aku berasakan diri ini sentiasa ditarbiah oleh yang Maha Kuasa. Actually, memang kita sentiasa ditarbiah, cuma tinggal kita untuk sedar atau tidak, cuba nak faham atau tidak, dan nak redha atau tidak.

KENAPA EXCITED BALIK RUMAH?

“Dapat jumpa family”, “Rindu kat keluarga”, “Rindu masakan mak” dan banyak sebab yang
boleh kita suarakan.

RAGAM RAKAN YANG BERBEZA

Saya ada seorang kawan yang terlebih excited setiap kali tibanya musim cuti, dan ofcourse yang lainnya pun excited nak balik ke kampung halaman.

Namun,

Saya ada juga seorang kawan, yang tak terlalu excited, atau mungkin rasa sedih setiap kali adanya musim cuti panjang.

Persoalannya, kenapa, dan apa bezanya antara kedua-dua hamba Allah ini?

JAUH NAK BALIK RUMAH

Perkara yang selalu wujud ialah setiap kali cuti, semua orang akan balik rumah, akan tetapi mereka yang duduk jauh dari KL, contoh sabah, sarawak, agak-agak bagaimanakah perasaan mereka tatkala hari cuti tiba?

“Takkan nak balik bah, jauh bah”,

Betul ke aku tulis loghat ni? Haha, maafkan hamba kalau tersalah. The point is ada sahabat kita yang sedih apabila menjelang musim cuti, sebab mereka tak boleh balik ke kampung halaman yang di seberang laut sana, (tempat yang jauh). Persoalannya, kenapa rasa sedih? “Laa, dah kita ni manusia yang mempunyai perasaan, mestilah sedih”. Haha, betul lah tu.

DI MANA KAYU UKUR BAHAGIA KITA

Kalau kita letakkan bahagia kita adalah apabila kita pulang ke kampung halaman, semestinya kita akan rasa sedih jika tidak dapat pulang, bukan?

Kalau kita letakkan bahagia kita pada “bolehnya” kita untuk berjumpa, melihat wajah ibu dan ayah kita, sudah tentu apabila mereka tiada kita akan bersedih bukan?

Kalau kita letakkan bahagia kita pada “adanya” kawan-kawan di sekeliling kita, pasti dan pasti kita akan berasa sedih apabila kita tidak mempunyai kawan, bukan?

Dan hakikat perit dalam hidup ini adalah, semua benda ada penghujungnya, mereka tidak kekal. Ibu, ayah, kawan, semuanya akan pergi dari kita seorang demi seorang, hari demi hari.

BETULKAN “KEPADA SIAPA” KAMU SANDARKAN BAHAGIA

Betul, kita wajib menyayangi ibu dan ayah kita. Mereka yang telah bersusah payah memelihara dan mendidik kita dari kecil hingga dewasa. Hari melangkah hari, kita berubah menjadi dewasa yang kuat, manakala mereka pula berubah menjadi tua yang semakin lemah. Dan menjadi kewajipan bagi anak untuk berbakti kepada ibu dan ayah di waktu hidup mereka, hatta ketika mereka telah pergi selamanya.

Namun, what if saya tanya satu soalan,

“Siapakah di tempat pertama dalam hati kamu, yang patut kamu cintai?”

Cuba teka, apa keadaan klise yang akan kita dengar? Semua akan senyap seketika, dan dengan suara yang tenggelam timbul, mereka akan menjawab “Allah~ Rasul~”

Betul ke betul ni?

SOAL HATI

Letakkan bahagia kita hanya pada Allah. Bahagia kita hanya pada mencari redha Allah. Bahagia kita hanya pada mencari syurga Allah. Bahagia kita hanya pada berusaha membawa diri kita dan orang lain menuju syurga Allah.

Dan jangan sekali berharap manusia mampu tolong kita. Dan jangan sesekali berharap expectation orang lain pada kita. Dan jangan sesekali berharap seseorang tu akan berubah kerana kita nasihat. Tetapi berharaplah pada Allah akan ubah hati orang itu agar orang itu berubah. Kerana bukan kita yang mengubah diri orang, kerana bukan manusia yang mampu tolong kita, kerana bukan hidup kita bergantung pada expectation orang.

Kerana yang mampu menolong kita hanya Allah. Kerana yang mengubah hati orang lain hanya Allah. Kerana yang boleh kita hidup hanya pada expectation Allah kepada kita. Allah sahaja yang memahami. Allah sahaja yang mengetahui. Allah sahaja yang berkuasa. Manusia tidak punya kuasa.

SOAL PERBUATAN, DAN KESIMPULAN

Betulkan saya kalau silap. Persoalan:

“Bagaimana gabungan hati yang hanya yakin pada Allah yang memberi manfaat kepada kita, dan manusia tidak mampu mendatangkan mudarat pada kita, ini boleh kita aplikasikan? Adakah maksudnya kita jangan minta tolong kat orang?”

Tidak, bukan itu maksudnya. Apabila kita tidak tahu akan sesuatu, kita mesti bertanya pada orang yang tahu.

Saya beri satu analogi mudah:

Saya sedang buat kerja sekolah matematik. Ada satu soalan saya tak faham. Apa perlu saya buat? Dan kebetulan kawan yang duduk sebelah saya ini genius matematik, dapat 100% setiap kali ujian. So, apa patut saya buat sekarang?

Jawapan:

Tanyalah kat kawan sebelah tu. Tapi, dalam hati, jangan set-kan bahawa “dia lah yang membuatkan aku faham apa yang aku tidak faham” sebentar tadi. Kenapa kena set-kan hati macam ni? Kerana, yang membuatkan kita faham apa yang kita tak faham tadi, itu ialah Allah SWT. Kawan kita itu, tidak lain hanyalah asbab/sebab kepada perkara tersebut boleh terjadi.

YANG TERAKHIR

InsyaAllah, sama- sama kita betulkan hati, keyakinan kita, kebergantungan kita, kebahagiaan kita, dengan tidak meletakkan yang lain selain Allah. Dan meyakini segala yang kita perolehi, dan yang ada di sisi kita di dunia ini, tidak lain hanyalah ujian semata-mata. Kerana, bukankah kita semua pasti akan mati dan dikembalikan kepada Allah suatu hari nanti? Dan bukankah mati itu sangat dekat dengan diri kita? Dan siapa boleh bagi jaminan yang kita pasti, tanpa sebarang ragu, bahawa kita akan hidup esok?

Wallau’alam.

Tagged , ,

Leave a comment